top of page

DALIL WAJIB MENGHADAP KIBLAT

Melalui surah Al-Baqarah: ayat 149 di dalam Al-Quran telah menjelaskan tentang perpindahan arah kiblat orang islam dari Baitulmaqdis ke Kaabah. Selain itu, perkara yang sama juga dapat dilihat di dalam surah Al-Baqarah: ayat 150. Contoh ayat daripada surah Al-Baqarah: ayat 149 yang bermaksud:

"Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram.

Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah

tidak melupai apa yang kamu lakukan."

                                                                                                      (Surah al-Baqarah: 149)

 

Manakala dalil daripada hadith Rasullulah pula bermaksud:-

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda. "Bila hendak solat maka sempurnakanlah wuduk, lalu menghadap Kiblat, kemudian takbir".

          (Riwayat Bukhari & Muslim)

 

Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas telah jelas menerangkan bahawa syarat sah bagi seseorang yang mendirikan solat adalah dengan menghadapkan wajah ke arah Kiblat.

bottom of page