top of page

JENIS-JENIS TAQWIM

Sistem Kalendar hijrah terbahagi kepada empat iaitu Taqwim Istilahi , Taqwim Ijtimak  Hakiki, Taqwim wujud hilal dan Taqwim Imkanur Rukyah

 

1) Taqwim Istilahi

 

Susunan Tawqim ini adalah berdasarkan kepada penentuan awal bulan yang dilakukan secara sistematik. Hal ini dapat dilihat bila bilangan hari dalam setiap bulan bagi tempoh masa setahun ditetapkan secara selang-seli iaitu 29 hari dan 30 hari. Setahun hijrah terdiri daripada 354 hari atau 355hari dan ia bermula dari bulan Muharram dan berakhir dengan bulan Zulhijjah.

2) Taqwim Ijtimak Hakiki

Bagi taqwim ini, penetapan awal bulan Hijrah adalah berdasarkan berlakunya peristiwa ijtimak Bulan dan Matahari. Sekiranya ijtimak berlaku sebelum Matahari terbenam pada hari ke-29 bulan sebelumnya, maka bermulalah bulan baru. Manakala sebaliknya akan berlaku sekiranya ijtimak berlaku selepas matahari terbenam maka bulan itu akan dicukupkan 30 hari.

 

3) Taqwim Wujudull Hilal

 

Penetapan awal bulan dalam taqwim in merujuk kepada dua syarat. Syarat pertama adalah peristiwa ijtimak Bulan-Matahari berlaku sebelum matahari terbenam pada hari ke 29 dan syarat kedua pula ialah kedudukan hilal yang berada di atas ufuk selepas matahari terbenam pada hari yang tersebut. Hilal akan berada di atas ufuk sekiranya waktu bulan terbenam lewat daripada waktu matahari terbenam

4) Taqwim Imkanur Rukyah.

Imkanur Rukyah bermaksud jangkaan kenampakan hilal yang merujuk pada kriteria yang diperolehi daripada Rukyah yang sebelum ini. Menurut Taqwim ini, penetapan awal bulan adalah berdasarkan falak. Sistem in lebih terperinci berbanding Taqwim Wujudl Hilal kerana terdapat lagi satu penambahan dalam syaratnya iaitu hilal diterima boleh kelihatan apabila hilal berada pada kedudukan yang memenuhi kriteria Imkanur-Rukyah.

Kriteria Imkanur Rukyah adalah :-

i) hilal berada pada ketinggian tidak kurang daripada 2° darii atas ufuk dan jarak lengkung matahari tidak kurang 3° pada waktu matahari terbenam.

ii) umur hilal mestilah sekurang-kurangya 8 jam pada waktu ia terbenam.

bottom of page