top of page

PENENTUAN ARAH KIBLAT

Kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan arah kiblat. Antaranya ialah buruj-buruj bintang dan matahari .Oleh yang demikian, penentuan arah Kbilat ini boleh dibahagikan kepada 2 kaedah iaitu kaedah tradisional dan kaedah moden

1. Kaedah Tradisional.

a) Matahari istiwa atas Kaabah

  • Kejadian matahari istiwa di atas Kaabah berlaku dua kali setahun.

  • Fenomena ini berlaku bila deklinasi matahari (δ), menghampiri latitud Kaabah (Ф), iaitu 21º 25' 20" Utara.

  • Kejadian ini akan berlaku sekitar pertengahan (27 atau 28 Mei) kira-kira 5.16 petang dan (16 atau 17 Julai) kira-kira jam 5.28 petang (mengikut waktu piawai Malaysia).

  • Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan membetuli arah Kiblat. 

b) Menggunakan buruj-buruj bintang.

Buruj bintang juga boleh dijadikan panduan dalam menentukan arah kiblat. Hal ini, dapat            ditentukan sekiranya kita mengetahui bentuk buruj-buruj bintang tertentu, arah utara dan arah      kiblat bagi sesuatu tempat boleh ditentukan. Bentuk bagi buruj bintang telah lama ditetapkan      oleh pemerhati zaman dulu iaitu mengikut bentuk haiwan, geometri dan seumpamanya yang      mudah untuk mereka kenal pasti. Antara buruj bintang yang boleh dijadikan panduan adalah:-

i) Buruj Al-Babadur (Orion)

  • 3 bintang yang bederet dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ),             al-Nilam (ε) dan al-Nitak (ξ) boleh digunakan sebagai panduan arah kibllat. 

  • Buruj ini akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kemudian akan kelihatan tinggi di langit tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan waktu yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit pada waktu Maghrib.

ii) Menggunakan kedudukan bintang al-Qutbi

Arah Kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan  sudut sebanyak 68° (bagi Malaysia) ke kiri dari  kedudukan bintang Qutbi seperti yang ditunjukkan  dalam gambar di sebelah.

iii) Pengukuran sudut menggunakan jari.

Arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut antara bintang Qutbi dengan arah kiblat. Manakala bagi negeri-negeri Nusantara, perbezaan ini berada di antara nilai 68° hingga 75°. Justeru penentuan arah kiblat dilakukan dengan mengukur secara sudut jari bagi nilai perbezaan berkenaan ke arah kiblat

2. Kaedah Moden.

Kaedah ini dilakukan dengan bantuan alat ukur seperti kompas, Teodolit atau Total Station. 

i) Alat kompas prismatik.

  • Ketepatan yang dapat diberikan oleh sesuatu kompas adalah sederhana, misalnya = 30' sahaja.

  • alat kompas yang didirisiapkan hendaklah jauh daripada bahan magnet seperti talian elektrik, besi, logam dan lain-lain.

i) Teodolit atau Total Station.

  • Bagi tujuan penandaan arah kiblat fungsi pengukuran jarak dalam TS tidak diperlukan.

  • Bacaan menggunakan alat ini lebih jitu berbanding kompas iaitu mencapai = 1" atau lebih bergantung kepada jenis alat yang digunakan.

  • Disebabkan teodolit bebas ganguan magnet maka alat ini digunakan bagi penandaan arah kiblat bagi surau atau masjid baru dibina oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Mufti di Malaysia.

bottom of page