top of page

HAD TOLERAN ARAH KIBLAT

  • Pada tahun 2007,Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-79 telah membuat keputusan dengan memutuskan bahawa arah menghadap Kiblat adalah ijtihad iaitu arah Kiblat Yakin dan Dzanni (anggapan atau yang dikira).

  • Perbezaan tidak melebihi 3º masih dibenarkan. 

  • Semakin jauh jarak sesuatu tempat maka semakin besar nilai selisih yang boleh menyebabkan arah kiblat itu terpesong sedikit tetapi selisih itu mestilah tidak melebihi 3º. Contohnya dapat dilihat melalui pengiraan matematik seperti berikut:-

 

-> kedudukan kita di Malaysia dari Makkah = 7000 km  

-> selisih 1 minit arka mengakibatkan arah kiblat terpesong = 2 km 

sekiranya selisih 1º nilai pesongan arah kiblatnya berapa km?

 

 Kiraan, pesongan

= 7000 km x tan 1º

= 122 km (dari arah kiblat sebenar)                                                                  

Bagi memahami pengiraan ini dengan lebih jelas maka bolehlah merujuk rajah dibawah.

Sumber : Mohamad Saupi bin Che Awang (14 Julai 2015), Monograf Falak Syarie - Memahami                  Kaedah Kotemporari Penetapan Arah Kiblat, Waktu Solat dan Kalendar Hijrah.

bottom of page