top of page

IJTIHAD PENETAPAN ARAH KIBLAT

Tiga kaedah berhubung syarat sah menghadap Kiblat iaitu:

i. Bagi seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram 

Wajib ia menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh menyakinkannya.  Kaedah ini dinamakan "Kiblat Yakin".


ii. Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di sekitar Tanah Suci Makkah

Menghadap ke arah Masjidil Haram dengan tujuan ke arah Kaabah secara dzanni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Kaedah ini boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah atau melihat menara Masjidl Haram. Kaedah  ini dinamakan "Kiblat Dzanni".


iii. Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah

Menghadap ke arah tanah suci Makkah dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah. Cara ini memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.

 

  • Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi

  • menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin.

  • Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang. 

Namun demikian kaedah berdasarkan perhitungan falak dibantu dengan penggunaan teodolit digunapakai secara rasmi bagi penandaan arah Kiblat di negara Malaysia.

bottom of page