top of page

KEHANCURAN ALAM SEMESTA

  • ​Para saintis barat mempercayai bahawa alam semesta ini akan musnah.

  • Mereka juga percaya bahawa teori ledakan besar adalah permulaan alam semesta.

  • Teori kehancuran alam semesta ini difahami melalui teori kehancuran besar (Big Crunch Theory).

  • Teori ini juga menjelaskan bahawa suatu masa nanti kesemua jasad samawi yang berada di alam semesta akan kehilangan daya tarikan graviti antara jasad dan ini akan menyebabkan pelanggaran antara jasad samawi yang akan mengakibatkan kehancuran alam semesta.

  • Konteks islam, pengakhiran alam ini dirujuk sebagai hari kiamat. 

  • Istilah kehancuran alam ini dapat dinyatakan dalam beberapa ungkapan di dalam  Al-Quran, antaranya ialah Yaumul-'Asir, Yaumul-Khulud, Yaumul Jaza' dan lain-lain lagi.

  • Namun begitu, bila akan terjadinya kiamat ini tidak akan diketahui oleh sesiapa sahaja seperti mana mereka tidak mengetahui bila mereka menemui ajalnya tetapi mereka hanya diberitahu mengenai keadaan yang akan berlaku ketika peristiwa kiamat ini terjadi. Contohnya firman Allah yang bermaksud:

           "Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur;

            Dan apabila lautan pecah bercampur baur; Dan apabila kubur-kubur                                              dibongkarkan, mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa telah dikerjakannya                                        dan apa yang ditinggalkannya....."

surah Al-Infitaar: ayat 1-5                              

bottom of page