top of page

TEORI KEWUJUDAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Apabila melibatkan kosmologi atau alam semesta semestinya akan timbul banyak persoalan yang tidak akan dapat diterangkan dengan tepat. Misalnya mengenai kewujudan dan kehancuran alam semesta. Oleh yang demikian, Allah telah membantu hambanya dengan  memberikan jawapan mengenai kesemua persoalan tersebut di dalam Al-Quran. Oleh itu, kita hanya perlu menkaji Al-Quran tersebut bagi mendapat jawapan yang di kehendaki. Contoh proses kejadian alam semesta menurut Al-Quran. Firman Allah bermaksud :

           "Dan tidakkah orang-orang kafir itu tidak memikirkan dan mempercayai bahawa                            sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai jasad                            yang satu) lalu Kami (Allah) pisahkan antara keduanya?. Dan Kami jadikan dari                            air tiap-tiap benda yang hidup?. Maka  mengapa mereka tidak mahu beriman?

 

surah Al-Anbiyaa : ayat 30       

Melalui ayat di atas dapat diketahui bahawa pada asalnya langit dan bumi itu merupakan satu jisim yang kemudiannya dipisahkan sehingga menjadi bentuk bumi.      

bottom of page