top of page

PENGENALAN

Apakah yang dikatakan astronomi pemangkin kemajuan

teknologi berasaskan angkasa lepas?

      Pada zaman yang serba canggih ini, ilmu astronomi tidak lagi asing bagi negara-negara maju. Hal ini telah terbukti dengan penguasaan teknologi angkasa lepas. Buktinya penciptaan satelit yang mengelilingi bumi  yang dimana ia menjadikan bulan sebagai rujukan. Walaubagaimanapun, sesebuah negara itu, perlulah memahami atau mengetahui tentang peredaran jasad-jasad samawi sebelum menghasilkan ciptaan tersebut. Hal ini akan memudahkan lagi pemahaman mereka.

       Tambahan pula, dengan penciptaan tersebut menjadikan sesebuah negara semakin berkembang maju kerana ia banyak membantu dalam bidang ketenteraan, telekomunikasi , pelayaran dan sebagainya. Contoh lain adalah teknologi 'Global Positioning System' (GPS) dan teknologi satelit 'Remote Sensing'. 

       Justeru itu, ilmu astronomi ini merupakan bidang yang pelbagai atau dinamik yang berkembang seiring dengan peredaran masa.

bottom of page