top of page

PENGENALAN

     Apabila menyebut waktu solat, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita semua semestilah mengerjakan ibadah solat. Hal ini kerana solat itu sendiri bermaksud sembahyang dalam agama islam. Tambahan pula, solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu ini wajib dilaksanakan lima kali sehari oleh orang islam dan solat fardhu ini dilakukan pada masa-masa yang tertentu. 

     Hal ini kerana, salah satu syarat sah ibadah solat fardhu atau solat sunat adalah melaksanakan ibadah tersebut dalam tempoh masa yang tertentu. Oleh yang demikian, waktu solat bagi orang islam mendirikan solat terbahagi kepada lima waktu iaitu ketika subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Namun begitu, pada era globalisasi ini semua perkara menjadi mudah misalnya waktu solat hanya perlu merujuk kepada jadual waktu yang disedia ada sahaja.

        Justeru itu, ia menyebabkan ramai orang tidak mengetahui tentang bagaimana penetapan dan pengiraan waktu solat itu dilakukan. Oleh yang demikian, bahagian ini akan menerangkan dengan lebih jelas mengenai waktu solat melalui lima topik kecil dibawah supaya lebih mudah difahami.

bottom of page