top of page

FAKTOR MEMPENGARUHI KETEPATAN WAKTU SOLAT

Bahagian ini akan menjelaskan faktor yang mempengaruhi ketepatan waktu solat. Secara ringkasnya, faktor ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor pertama berkaitan dengan matahari dan faktor kedua berkaitan dengan lokasi stesyen kiraan.

 

         i. Parameter faktor pertama : jarak zenit (z) dan deklinasi matahari (δ)

        ii. Parameter faktor kedua    : lokasi stesen -> latitud (Ф), longitud (λ) dan ketinggian dari                                                              aras min laut (h)

          

1. Jarak zenit matahari, ZM.

Perubahan atau ralat dalam waktu terhadap perubahan atau ralat dalam jarak zenit matahari dapat ditunjukkan seperti rajah dibawah:-

Jadual 1: Hubungan ralat jarak zenith (∆α) dan  ralat waktu (∆t).

2. Deklinasi matahari (δM).

Kesan ralat dalam deklinasi terhadap waktu solat:-

     _∆t      =  - kot S sek δ                           

       δ                       

dimana :    S  = Sudut paralaktik                      

              ∆t   = Ralat dalam masa       

             δ   = Ralat dalam deklinasi matahari             

 

 

3. Ketinggian stesen rujukan, h.     

Memberi kesan kepada jarak zenit terutama untuk pengiraan waktu Maghrib dan waktu Syuruk.  Hal ini dapat dilihat melalui gambar rajah dibawah.

                          Rajah 1: Kesan ketinggian stesen dikenali sebagai junaman ufuk (JU).

Titik A merupakan kedudukan stesen cerapan pada ketinggian h dari aras laut min. Contoh titik A ialah mereka yang berada di kedudukan puncak gunung Kinabalu, Sabah akan melihat matahari terbit lebih awal dan matahari terbenam lebih lewat berbanding di kedudukan O iaitu di kaki gunung Kinabalu seperti Ranau, Sabah.

                                           Jadual 2: Kesan junaman ufuk (JU).

Pada jadual 2 menunjukkan kesan JU sepadan dengan ketinggian stesen cerapan. Nilai d perlu di betulkan pada jarak zenit bagi kiraan matahari terbit dan terbenam.

4. Maklumat kedudukan stesen 

Kedudukan stesen ditentukan berdasarkan latitud stesen (Ф) dan longitud stesen (λ).

a) Kesan ralat latitud Ф terhadap waktu. 

Kesan ralat longitud (λ) terhadap waktu adalah 1º longitud memberikan ralat kira-kira waktu empat minit. Selain itu, perbezaan maklumat stesen rujukan juga berkait dengan penetapan zon-zon waktu solat yang di amalkan di Malaysia.

bottom of page