top of page

PROSIDUR LAPANGAN PENETAPAN ARAH KIBLAT MASJID UTM

1. Arah kiblat dikirakan terlebih dahulu berdasarkan koordinat titik rujukan kiblat Latitud  (φMASJID)= 01° 33' 20'' Utara , Longitud (λMASJID) = 103° 38' 30'' Timur.

​

2. Alat teodolit didirikan di atas titik rujukan kiblat dan cerapan matahari dilakukan untuk datum ufuk, di mana tanda rujukan adalah pada bucu bangunan dengan bering anggapan 104°42'30".

​

3. Cerapan matahari dilaksanakan bagi mendapatkan nilai altitud (α) sebelum kiraan azimut  boleh dilakukan.

​

4. Setelah nilai altitud (α) iaitu 36°43'13.8" diperolehi daripada cerapan matahari, kirakan azimut tanda rujukan. (Deklinasi (δ)= -10°15'25" diperolehi daripada almanak matahari mengikut tarikh cerapan dibuat).

​

5. Selepas itu, nilai azimut tanda rujukan di setkan pada alat teodolit digital dan buka bering kiblat yang telah diperolehi daripada hasil kiraan.

​

6. Kemudian arahkan teodolit dihalakan ke arah azimuth arah kiblat berdasarkan kiraan yang telah dikira seperti 104°01'59".

​

7. Akhir sekali, arah kiblat yang telah diarahkan pada bering yang dikira ditandakan dengan lima batang pancang jajar yang jarak bagi setiap pancang jajar adalah 2 meter dan pancang jajar itu mestilah selari dengan arah teodolit.  

​

8. Penandaan dengan pancang jajar ini dibuat bagi menunjukkan arah kiblat.

Rajah : Prosidur kerja di lapangan
bottom of page