top of page

ILMUWAN FALAK SYARIE

1. Al-Farghani

  • Nama penuh beliau adalah Abu Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Khatir al-Farghani.

  • Beliau merupakan ahli falak yang terkenal pada zaman pertengahan (Aydin, 1981) di Eropah.

  • Khalifah al-Makmun telah melantik beliau sebagai pengarah di Pusat Cerapan as-Syamiah di Baghdad.

  • Ciptaan beliau yang terkenal adalah jam suria (sundial).

  • Antara karya beliau ialah Usul Falak dan Ilmul Najmi Wal Usulil Harakat Assami. 

  • Copernicus telah menggunakan karya  beliau sebagai bahan rujukan.

sumber : Muhammad                         Arif,2009

2. Ibn Yunus 

  • Nama penuhnya ialah Ali bin Abd. Rahman.

  • Telah menjalankan penyelidikan astronomi sejak tahun 975 M sehingga 1009 M.

  • Beliau telah menghasilkan jadual astronomi yang dikenali sebagai Zij al-Hakimi.

  • Pakar dalam bidang matematik, beliau banyak melakukan kiraan terhadap jadual yang telah dibuat oleh ahli-ahli falak sebelumnya.

  • Beliau telah menyusun jadual pengiraan waktu terbit dan terbenam matahari menggunakan sudut waktu, azimut dan ketinggian matahari (King, 1986)

  • Beliau juga memperkenalkan pengiraan trigonometri sfera bagi penentuan arah kiblat.

sumber : wikipedia

3. Al- Khawarizmi

  • Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.

  • Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff manakala jika di barat beliau  dikenali al-Khawarizmi, al-Cowarizmi,dan lain-lain lagi.

  • Al-Khawarizmi juga merupakan guru aljabar di Eropah. 

  • Beliau telah mencipta pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

  • Beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

  • Antara karya beliau ialah Al-Jabr wa’l Muqabalah, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, Mufatih al-Ulum, Sistem Nombor  dan lain-lain lagi.

4. Al- Zarqali 

  • Nama penuhnya ialah Abu Ishaq Ibrahim Ibnu Yahya Al Zarqali.

  • Di barat beliau  dikenali sebagai Arzhacel.

  • Merupakan ahli astronomi terkemuka di wilayah Islam Spanyol di awal abad ke-11 M. 

  • Hasil karya beliau Al Zyaj Ath Thulaythuliyyah yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke 12 M.

  • Karya yang terkenal beliau di barat ialah Tabel Toledo.

  • Beliau menghasilkan perangkat observatorium astronomi untuk Yahya Ibnu Abi Mansur.

  • Beliau juga telah menciptakan jam air dan mebuat astrolabe yang lebih bagus daripada astrolabe lain. Hal ini, kerana astrolabe beliau mampu memperhati titik-titik zodiak.

sumber: Spanish stamp of Al-Zarqali with astrolabe

Tokoh-tokoh lain falak selain daripada di atas adalah al-Haitham, Yahya bin Abi Mansur, Thabit Ibn Qura, Sind bin Ahmad, Muhamad al-Fazari, Al-Fabasy, Al-Fattani dan sebagainya.

bottom of page