top of page

KEPENTINGAN WAKTU SOLAT

  • Waktu solat penting dalam kehidupan harian masyarakat islam kerana dengan mempunyai pengetahuan mengenai  waktu solat mereka bukan sahaja dapat melaksanakan  solat fardhu malahan mereka juga dapat mendirikan solat sunat. Contohnya, solat sunat Aidil Fitri, solat sunat Aidil Adha dan lain-lain yang berkenaan.  

  • Waktu solat juga penting bagi melaksanakan ibadah lain seperti berbuka puasa. Oleh yang demikian, amatlah penting sekiranya mereka mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan waktu solat yang tepat dan sahih kerana ia menuju ke arah kesempurnaan ibadat-ibadat yang dimana bergantung kepada waktu solat.

  • Disamping itu, jika seseorang itu dalam keadaan aman tetapi tidak menyakini solat yang didirikannya maka menurut syariah dalam konteks solat fardhu telah menetapkan bahawa solat yang didirikan seseorang itu adalah tidak sah. Walaubagaimanapun, seseorang itu amatlah digalakkan mendirikan solat di awal waktu. 

  • Penetapan waktu solat itu terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek syariah dan aspek saintifik. Aspek syariah ialah aspek yang merangkumi beberapa ayat suci Al-Quran dan hadis yang kemudiannya menerangkan mengenai waktu solat serta kedudukan pencerap di bumi dengan kedudukan relatif matahari. Manakala aspek saintifik pula adalah terjemahan daripada tafsiran yang di buat oleh para fuqaha yang kemudiannya mengikut perspektif ilmu falak syarie. Oleh itu, bagi meghasilkan pengiraan dan jadual waktu solat yang tepat dan sahih maka ia memerlukan pemahaman yang tinggi dalam dua sumber tersebut sebagai prasyarat utama.

bottom of page