top of page

PENGIRAAN WAKTU SOLAT DENGAN ALMANAK FALAK SYARIE

Awal dan akhir waktu solat adalah berhubung terus dengan kedudukan matahari relatif terhadap kita di bumi. Kedudukan matahari dari masa ke semasa dapat diketahui dengan merujuk kepada almanak, salah satunya Almanak Falak Syarie (AFS). AFS yang diterbitkan oleh JAKIM dengan kerjasama UTM ini adalah satu-satunya almanak keluaran tempatan dan diterbit khusus bagi penggunaan hitungan Falak Syarie. Penggunaan almanak AFS agak mudah. Oleh yang demikian, penerbitan AFS adalah merupakan salah satu usaha murni ke arah memajukan dan mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya.

Di dalam seksyen ini dijelaskan kaedah penggunaan AFS untuk membuat hitungan waktu-waktu solat.

Contoh Data Hitungan

Stesen rujukan = Johor Bahru (Kg.Sedenak)

Zon = 2

Latitud, φκ    = 1°43’ U

Longitud, λκ  = 103°32’ T

                      = 6j 54m 8s (λκ÷15°)

Tarikh Kiraan = 28hb Mei 2018

Menghitung Waktu Transit

Formula, GHA transit = LHA transit - λκ

 

LHA transit = 24j 00m 00s 

Jadi, GHA transit = 24j 00m 00s - 6j 54m 8s

                          = 17j 5m 52s

 

Rujuk Almanak Falak Syarie (AFS 2018)

Tarikh Kiraan 28hb Mei 2018

GHA@t1, 28 = 4j 2m 49s

GHA@t2, 29 = 4j 2m 42s + 24j = 28j 2m 42s

 

Masukkan nilai GHA dalam rumus, maka:

 

WPM transit = ( GHA transit - GHA@t1 / GHA@t2 − GHA@t1) × 24j

                   = (17j 5m 52s - 4j 2m 49s /4j 2m 42s - 4j 2m 49s) × 24j

                   = 13j 3m 7s

bottom of page