top of page

SEJARAH

      Ilmu falak ini telah lama berkembang sejak zaman pemerintahan khalifah Abbasiyyah terutamanya ketika pemerintahan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur. Pada ketika ini lahirnya seorang ilmuwan falak bernama Muhamad Al-Fazari yang dimana beliau telah memperkenalkan alat 'astrolobe'. 

       Oleh itu, perkembangan ilmu falak ini semakin berkembang meluas ke benua eropah yang di mana ia melalui Andalusia (Sepanyol) dan pada ketika itu Andalusia berada  dibawah pemerintahan kerajaan Islam Abbasiyyah. Seterusnya dengan berkembangnya ilmu falak ini telah menjadikan Baghdad sebagai pusat pengajian yang terkemuka di mana semua ilmu pengetahuan terutama sekali ilmu falak dikembangkan. 

     Namun begitu, sebahagian khazanah yang terdapat di Baghdad telah dipindahkan ke Barat yang kemudiaanya telah diterjemahkan serta diubahsuai bagi dijadikan sumber rujukan para ilmuwan seterusnya oleh pihak barat. Hal ini terjadi disebabkan kejatuhan kerajaan islam.

        Manakala, ilmu falak ini juga telah berkembang seiring dengan perkembangan islam di tanah melayu yang di mana boleh dilihat pada sejarah kedatangannya. Hal ini dapat dilihat pada peristiwa Batu Bersurat Terengganu yang dimana pada batu bersurat tersebut tercatat tarikh di atasnya. Selain itu, kedatangan Syeikh Abdul Aziz di pantai Melaka yang dimana beliau telak melaksanakan ibadah solat asar sebaik sahaja tiba juga menunjukkan penggunaan ilmu falak dalam menentukan arah kiblat dan waktu asar.

        Oleh kerana ilmu falak telah berkembang di tanah melayu maka wujudnya ilmuwan falak. Salah satunya adalah Almarhum Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-falaki al-Azhari (1869-1956)M iaitu ahli falak yang telah menerima pendidikan berkaitan ilmu falak dari Universiti al-Azhar, Mesir.Antara karya beliau yang teragung adalah Pati Kiraan. Karya beliau ini telah menerangkan cara pengiraan waktu solat dan arah kiblat. 

bottom of page