
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
TAFSIRAN ASTRONOMI WAKTU SOLAT
2. Waktu Solat Asar.
Menurut mazhab shafie, masuk wakktu asar adalah bila panjang bayang sesuatu objek atau tiang adalah sama panjang objek atau tiang itu sendiri.

Rajah 3: Kedudukan relatif tiang dan bayangnya terhadap matahari.
a) Menentukan jarak zenith matahari ketika masuk waktu asar.
Bahagian ini akan membincangkan kaedah penetapan kedudukan matahari dari segi altiitud ketika masuk waktu solat asar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan syarak.
b) Sudut waktu matahari ketika masuk waktu asar.
Bahagian ini akan menerangkan hubungan altitud yang diperolehi dengan penetapan waktu itu sendiri.

Rajah 5: kedudukan matahari ketika masuk waktu solat asar:-