
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET MUSYTARI (JUPITER)
Planet Musytari ini atau dikenali sebagai Jupiter ini adalah planet yang terbesar dalam sistem suria. Planet ini adalah planet kelima daripada matahari. Selain itu, planet ini adalah kedua tercerah pada waktu malam di langit selepas planet zuhrah atau kejora daripada kedudukan di Bumi. Tambahan pula, planet ini terkenal dengan tompok besar merah yang dimana putaran tompok merah itu kelihatan seperti taufan gergasi. NASA mengkaji planet ini dengan melancarkan kapal angkasa Juno pada tahun 2011 dan kapal angkasa ini sampai di planet musytari pada 4 Julai 2016. Planet ini tidak tumpat seperti bumi. Planet ini juga memiliki 16 satelit.