
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET MARIKH (MARS)
-
Marikh adalah planet yang keempat daripada matahari. Planet marikh ini dikenali sebagai planet merah kerana besi yang terdapat pada tanahnya. Tambahan pula, debu merah yang hampir melitupi keseluruhan planet ini yang menjadikan planet ini berwarna merah. Selain itu, planet ini mempunyai dua bulan yang dinamakan sebagai phobos dan deimos. Suhunya yang -80ºF menyebabkan planet ini sangat sejuk. NASA telah menkaji planet ini dengan menghantar kapal angkasa dan juga robot ke planet ini. Kapal angkasa Mariner 4 di hantar pada tahun 1965 untuk melihat dengan lebih dekat planet ini. Manakala Viking I dan Viking II adalah kapal angkasa pertama yang mendarat di planet ini.