
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET PLUTO
Planet Pluto adalah merupakan planet yang kecil (dwarf planet). Pada tahun 1930, Cylde Tombaugh telah menemukan planet ini. Beliau merupakan ahli astronomi yang berasal dari Amerika Syarikat. Planet ini adalah sangat kecil sehinggakan planet ini lebih kecil daripada bulan di bumi. Planet ini mempunyai 5 bulan. Bulan yang paling besar dinamakan Charon. Manakala empat lagi bulan dinamakan sebagai Kerberos, Styx, Nix and Hydra. Planet ini sangat sejuk jika dibandingkan dengan lautan antartika. Kapal angkasa yang dihantar oleh NASA dilancarkan pada Januari 2006 untuk menghampiri planet ini dinamakan sebagai New Horizon. Gambar yang diperolehi daripada New Horizon dapat membantu para saintis mengenal pasti bahawa planet ini adalah 2/3 daripada batu dan 1/3 daripada ais.