
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET URANUS
Planet Uranus adalah planet yang ketujuh daripada matahari dan mempunyai diameter ketiga terbesar dalam sistem suria. Planet ini dikelilingi oleh 13 cincin yang sangat nipis dan tidak dapat di lihat dari bumi melalui teleskop. Selain itu, planet uranus merupakan planet pertama yang dijumpai pada tahun 1781 dengan bantuan teleskop oleh ahli astronomi yang bernama William Herschel. Namun begitu, selepas 2 tahun berlalu baru planet ini di iktiraf sebgai planet selepas pemerhatian atau kajian dibuat oleh ahli astronomi bernama Johann Elert Bode. Planet ini mendapat warna kehijauannya daripada gas metana yang berada di dalam atmosfera. Voyager 2 adalah kapal angkasa yang menghampiri planet uranus pada tahun 1986.