
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET ZUHAL (SATURN)
Planet Zuhal ini atau dikenali sebagai planet Saturn adalah merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria. Selain itu, planet zuhal ini adalah planet keenam daripada matahari. Jarak planet zuhal daripada matahari ialah 1427 juta km. Planet zuhal mempunyai cincin yang sangat besar berbanding planet musytari, uranus, dan waruna (neptune). Galileo adalah ahli astronomi yang pertama melihat cincin (lingkaran) zuhal melalui teleskop pada tahun 1610. Cincin (lingkaran) zuhal ini terjadi daripada ais dan batu-batu yang bergerigi. Namun begitu, cicicn zuhal ini sangat nipis dan jarak diantara cincin hanyalah tebal 30 hingga 300 kaki sahaja. Cassini adalah merupakan kapal angkasa yang terkini NASA yang dimana Cassini dilancarkan pada tahun 1997 dan sampai di planet zuhal pada tahun 2004 iaitu 7 tahun selepas pelancarannya.