
6. Waktu Solat Subuh.
Menurut syarak, awal waktu subuh adalah bila fajar sadiq terbit di ufuk timur. Kajian saintifik mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan -20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS = 110°.

Rajah 9: Kedudukan matahari 20º dibawah ufuk Timur. Rumus sfera trigonometri dapat tentukan ts,
(17) ts = cos-1 (cos Zs - sin δs sin φ / cos δs cos φ )
Seterusnya,
(18) Waktu Masuk Solat Subuh = Waktu Istiwa + ts
akhir masuk waktu solat subuh adalah bila pinggir atas matahari berada di ufuk timur.
PLANET ZUHRAH (VENUS)
-
Planet Zuhrah atau kejora ini adalah planet kedua yang terdekat dengan matahari.
-
Suhu bagi planet ini adalah lebih panas daripada planet Utarid walaupun planet ini adalah planet yang kedua terdekat daripada matahari.
-
Suhu di planet ini adalah 700ºK.
-
Hal ini adalah berpunca daripada gas karbon dioksida dan lapisan atmosfera yang nipis menjadikannya lebih panas.
-
Planet ini tidak mempunyai satelit dan kadang kala planet ini mampu dilihat pada siang hari kerana cahaya planet ini yang paling terang.